Thursday, 5 February 2009

UMNO/BN - YAHUDI/ZIONIS ; antara hakikat dan lambang


Sebulan lebih kita digegarkan dengan kebinatangan Yahudi Israel di bumi Ghaza. Sekarang keadaan beransur sedikit reda di Ghaza walaupun serangan kecil-kecilan Yahudi masih berlaku. Belum lagi hangat dengan isu kebinatangan Yahudi ini reda, kita digegarkan pula dengan kebinatangan konco-konco Yahudi berwajah Melayu yang kini mencabul hak rakyat Perak dan membelakangkan nilai dan ruh demokrasi itu sendiri.


Yahudi di dalam Al-Qur’an adalah hakikat dan pelambangan. Hakikatnya, memang terdapat sebahagian Yahudi yang mewarisi sifat-sifat jahat yang banyak dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an. Sementara sebahagian dari mereka (orang-orang yahudi itu, terutamanya dari kalangan ahli kitab) ada yang baik dan kemudiannya beriman. Firman Allah s.w.t. ;


Sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik [Aali Imran ayat 110]


Ada pun istilah Yahudi dan Ahli Kitab di dalam Al-Qur’an juga dalam masa yang sama adalah sebuah pelambangan. Lambang bagi sikap dan karakter manusia walau siapa dan bangsa apa pun mereka. Di antara karakter Yahudi yang utama ialah ;


Tidak menjadi kesalahan apabila mereka yang melakukan sesuatu penyelewengan, kezaliman dan dosa. [rujuk Aali Imran ayat 75].


Lihatlah bagaimana dahsyatnya Negara Iraq dilanyak oleh tentera bersekutu pada perang fasa pertama (zaman bapa Bush) dan dilanyak oleh Amerika (dikuasai oleh pelobi-pelobi Yahudi)dan konco-konconya dalam perang fasa kedua (zaman Bush) apabila Saddam Hussein dianggap tidak menghormati hak dan kebebasan Negara lain yang berdaulat (Kuwait) dan dicop sebagai pemimpin diktator yang tidak mendukung sistem demokrasi. Sebaliknya, apabila Pemimpin Yahudi Israel terang-terangan mencabul hak dan kedaulatan rakyat Palestin serta tidak menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi (Hamas), malah melanggar undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia, Amerika dan konco-konconya tidak bertindak apa-apa. Sebaliknya mereka menyokong pula tindakan ganas Yahudi Israel itu. Inilah antara sikap hipokrit dan seleweng yang dirakamkan oleh Allah sebagai pelambangan Yahudi.


Demikianlah, dalam konteks Negara kita Malaysia. Di sana ada pemimpin politik yang geger seluruh Negara kononnya menentang budaya lompat-melompat parti ketika heboh dengan isu peralihan kuasa 16 Sept lepas sehingga timbul ura-ura untuk mencadangkan undang-undang anti lompat, kononnya menghormati mandat rakyat dan sebagainya. Tup tup mereka jugalah hari ini dengan tanpa segan silu (pakai songkok konon bagi nampak baik) menobatkan diri sebagai kerajaan baru di Perak hasil dari manusia-manusia pengkhianat tidak bermaruah yang melompat parti. Inilah warisan dan pelambangan sifat Yahudi. Jika orang lain yang buat, ia adalah satu penyelewengan.. tapi kalau mereka yang buat, TIADA DOSA KE ATAS MEREKA!


Perumpamaan yang sesuai bagi perbandingan antara situasi di Perak dan di Palestin ialah :


Kerajaan PR Perak ialah Kerajaan Perpaduan Hamas-Fatah, ADUN-ADUN yang melompat adalah pengkhianat-pengkhianat Fatah dan UMNO/BN di belakang pengkhianat itu ialah Yahudi/Israel.. maaf kalau agak kasar, itulah selayaknya bagi manusia berkarakter yahudi!



No comments: