Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas bersamaan 11-12hb April 2009, Lajnah Tarbiyah DPPNP telah mengadakan Ijtimak’ Nuqaba’ Pemuda Pas Pahang bertempat di Dewan Utama Pejabat Perhubungan Pas Negeri Pahang. Program yang padat dengan pengisian ilmu, fikir dan zikir ini disertai lebih kurang 60 orang nuqaba’ pemuda dari pelbagai kawasan, jabatan dan lajnah yang bernaung di bawah DPPNP. Urusetia juga sedia maklum di atas keuzuran sebahagian nuqaba’ yang tidak dapat bersama menyertainya lantaran pertembungan program utama yang lain seperti mesyuarat agung pemuda kawasan dan sebagainya. InsyaAllah, kita akan bertemu dalam program-program tarbiyah yang berikutnya.
Di antara pengisian utama ialah taujihat perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Pemuda yang menyentuh isu semasa dan sokongan positif rakyat kepada Pas pada hari ini memerlukan keseimbangan dari sudut kekuatan peribadi saff pemuda yang bersedia menyahut cabaran-cabaran mendatang yang tentunya lebih besar. Kekuatan peribadi tersebut hendaklah dibina di dalam program-program tarbiyah seperti ijtima’ yang diadakan pada hari ini. Pengisian fikrah yang lainnya ialah :
- Menangani Isu Khilafiyah dan Bid’ah ; Sikap Kita? – AJK Lajnah Tarbiyah Dewan Ulama’ PAS Pahang
- Tazkiyah ; Akar Tunjang Pokok Perjuangan - Timb. Ketua Lajnah Tarbiyah DPP Kawasan Serdang
- Keseimbangan Antara Ilmu dan Amal, Fikrah dan Perjuangan – Ketua Dewan Pemuda PAS Rompin
- Pembentukan Akhlak Qiyadah dan Jundiy – AJK Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat
Di samping itu juga diadakan qiam dan munajat di sebelah paginya hingga ke subuh yang dipimpin oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Pekan.
Saya selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah Negeri mengambil kesempatan ini untuk menegaskan apa yang telah saya sampaikan pada muqaddimah program tersebut bahawa, kita pemuda parti islam sangat berbeza dengan pemuda-pemuda parti dari ideologi yang lain. Pemuda parti Islam mestilah rutin kehidupannya dilingkungi dengan bi’ah atau persekitaran ilmu dan zikir. Pemuda parti Islam mestilah pemuda yang cinta dengan ilmu dan muraqabatilLah (menghampirkan diri dengan Allah s.w.t.).
Dalam masa yang sama, saya sangat berharap agar program-program yang dianjurkan dapat mengeratkan ukhuwwah sesama para peserta yang hadir walau dari latar belakang yang pelbagai dan kawasan yang berbeza. Biarlah pertemuan itu bukan semata-mata pertemuan fikrah, tetapi juga sebuah pertemuan perasaan yang berjaya mempertautkan hati sesama kita.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada saff nuqaba’ yang dapat mengikuti program tersebut dengan jayanya. Diharap perkongsian ilmu yang diperolehi dapat diterjemahkan dalam bentuk amal dan praktik, mampu mengislah dan membentuk sikap pejuang Islam yang sepatutnya di samping meningkatkan kualiti diri sebagai nuqaba’, insyaAllah.
Saya sendiri secara peribadi sangat bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih kepada semua lantaran peluang bersama kalian dalam pertemuan seketika itu benar-benar satu nikmat. Saya menikmati kesegaran ilmu dan fikrah. Saya juga menikmati manisnya kesempatan bersama di dalam halaqah zikir, taubat dan munajat. Dan, yang paling membahagiakan ialah pertemuan antara hati-hati yang diikat dengan perasaan persaudaraan yang kuat berpaksikan kepada prinsip keyakinan dan jalan perjuangan yang satu.
Itulah manisnya tarbiyah, bagi hati yang hangat dengan getaran iman… semoga berkekalan!
1 comment:
salam ustaz, saya ada promote kelas ILHAM untuk kemasukan sesi yang ke 2 .
AlhamduliLLah yang pertama masih running lagi dan masih berjalan seperti biasa.
Nati ustaz tolong promote2 jugak yer
terima byk di atas pertolongan ust. Budi baik ust, hanya ALlah shaja yg balas.
Semoga tekad dalam perjuangan islam ini untuk masa depan para pemuda islam
takbir!
Post a Comment