Thursday, 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - Muqaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang selesai mengadakan muktamar kali ke-26 pada hari Ahad 15 Jun 2008 yang di adakan di Motel Tanjung Gelang, Kuantan. Penyertaan peserta amat memberangsangkan dari sudut kehadiran dan penglibatan dalam perbahasan.

Isu program tarbiyah seperti tahun-tahun sebelumnya, antara topic yang dibangkitkan oleh perwakilan ketika ucapan penangguhan. Ana selaku pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPNP seperti yang dinyatakan dalam ucapan penangguhan exco tersebut, menyatakan rasa gembira di atas keprihatinan para perwakilan terhadap persoalan tarbiyah. Cumanya, perlu untuk ana peringatkan di sini.. persoalan tarbiyah adalah tanggungjawab kita bersama. Dalam post yang lepas, ana telah menyatakan skop atau pembahagian tugas yang jelas melibatkan program tarbiyah antara lajnah tarbiyah pemuda negeri dan kawasan.

Untuk memperjelaskan lagi skop tugas dan bentuk aktiviti tersebut di sini ana sertakan sekali ringkasan aktiviti tarbiyah yang dipindahkan dari buku manual tarbiyah (MANTAP) yang telah ana edarkan kepada semua ketua pemuda dan pengerusi lajnah tarbiyah pemuda kawasan.

Objektif MANTAP :

  • Mewujudkan manual tarbiyah sistematik peringkat Pemuda PAS Pahang.
  • Melunaskan pelbagai persoalan tarbiyah yang seringkali dibangkitkan samada berkenaan angka produk, silibus berpusat, pengukuran dan sebagainya.
  • Membudayakan gerak kerja berfokus, tersusun dan boleh diukur.

Manual Tarbiyah MANTAP berfungsi sebagai :

  • Manhaj teras bagi gerakerja tarbiyah yang berfokus
  • Sumber rujukan dalam menggerakkan aktiviti tarbiyah pemuda
  • Panduan pelaksanaan aktiviti tarbiyah pemuda
Peringkat Ta’rif (Asas) – setahun atau dua tahun
  • Halaqah Usrah Ta’rif – 1 x seminggu @ 2 x sebulan (pengukuran – 30 x)
  • Madrasah – bulanan atau 2 bulan sekali (pengukuran - 10 slot)
  • Tamrin – 2 x setahun atau 1 x setahun (pengukuran - 2 x tamrin )
  • Katibah – 1 x sebulan (pengukuran - 10 kali)
  • Ijtima’ Tarbawi – 1 kali setahun (LT DPPNP sebagai pelaksana)

Peringkat Takwin (Pembinaan) – setahun atau dua tahun

  • Halaqah Usrah Takwin–1 x seminggu @ 2 x sebulan (pengukuran – 30x)
  • Madrasah – bulanan atau 2 bulan sekali (pengukuran - 10 slot)
  • Tamrin – 2 x setahun atau 1 x setahun (pengukuran - 2 x tamrin )
  • Katibah – 1 x sebulan (pengukuran - 10 kali)
  • Ijtima’ Tarbawi – 1 kali setahun (LT DPPNP sebagai pelaksana)

Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan) - berterusan

  • Halaqah Usrah Tanfiz – kawasan 2 x sebulan / negeri 1 x sebulan
  • Tamrin Qiadi – sekali setahun dan berterusan
  • Katibah – 1 x sebulan dan berterusan
  • Liqa Fikri – 3 x setahun bersamaan 4 bulan sekali dan berterusan
  • Ijtima’ Nuqaba’ – sekali setahun atau lebih (LT DPPNP sebagai pelaksana)
Dengan ringkasan ini ana harap semua pemuda PAS kawasan dapat memberi perhatian terhadap perjalanan aktiviti tersebut di peringkat masing-masing.InsyaAllah, dalam tempoh terdekat saya akan masukkan Manual MANTAP tersebut secara detail. Salam perjuangan!

No comments: