Friday 19 June 2009

Ya Allah, Rungkaikanlah Belitan Jaring Fitnah Ini

Assalamualaikum wrt wbt

Menitis air mata bila dihadapkan dengan badai fitnah ini…

Menghadapi kebejatan UMNO pun tidak pernah sesukar ini…

Tewas PRU 2004 sekalipun tidak terasa sepedih ini…

Hatta dirampas Perak pun tidak sampai serungsing ini…

Sangat sukar bila terlihat benang-benang ukhuwwah seolah terkoyak di depan mata… Sungguh, demi Allah tak sanggup rasanya melihat tokoh-rokoh yang sangat disayangi, dikagumi dan dihormati.. tiba-tiba seperti hilang hormat antara satu sama lain… seperti hilang kasih antara sesama mereka… seperti tiada cinta selama ini… Berbaloikah terputus simpulan sayang atas alasan berbeza pandangan?

Apakah hubungan yang terbina sekian lama hanyalah ikatan diplomatik politik semata-mata? Tiada langsung UKHUWWAH?

Benarkah apa yang berlaku kini? Ataukah aku hanya bermimpi?

Ya Allah, sedarkanlah aku dari lena ini..tiada upaya aku untuk menerima igauan mimpi se-ngeri ini…

YA ALLAH, PIMPINLAH PEMIMPINKU UNTUK MERUNGKAI FITNAH INI..

YA ALLAH, PELIHARALAH HATIKU AGAR TERUS TETAP MENYAYANGI DAN MEMPERCAYAI MEREKA...

YA ALLAH, ANDAI FITNAH INI DISEBABKAN KHILAF SEMATA2, LAPANGKANLAH HATI DI ANTARA MEREKA...

YA ALLAH, ANDAI FITNAH INI DISEBABKAN BATU API DAN PENGADU DOMBA, LAKNATILAH MEREKA YA ALLAH...

YA ALLAH, ANDAI FITNAH INI DISEBABKAN PROPAGANDA MUSUH, BINASAKANLAH MEREKA...

YA ALLAH, TOLONGLAH KAMI

YA ALLAH, TOLONGLAH JAMAAH KAMI

YA ALLAH, TOLONGLAH PEMIMPIN KAMI


Luahan rasa dan doa,

Anak kecil yang bingung, menilai perbalahan orang tuanya…

1 comment:

Anonymous said...

rakyat biasa.

Nampaknya sang pengdoa menyebutkan perkataan fitnah. ya betul saya juga setuju bahawa apa yang melanda pas sekarang ialah fitnah. persoalannya ialah

1. Bukankah nabi sudah berpesan, jauhilah fitnah & perkara yang mendatngkan fitnah, contohnya seorang imam kg, pegi minum di sebuah restoran, order sarsi pada pekedai, lalu pekedai hidangkan air sarsi tadi dangan gelas tertera perkataan carlsberg. Maka seharusnya ustaz td meninggalkan terus minuman tsbt & meninggalkan kedai tadi, demi menggelakkan fitnah, walaupun air sarsi tadi halal lagi suci utk diminum. Fitnah melanda pas sekarang kerana fitnah yang sengaja dicari:-

a) adakan pertemuan sulit dengan pemimpin umno sehingga diketahui umum, walupun sebelumnya bermati matian menafikan.

b) melontarkan satu teori, idea,gagasan (atau apajua namanya) Kerajaan Perpaduan `ug` tanpa merujuk kepada jamaah (syura & mesyuarat JK Tertinggi parti, sehingga dimanipulate oleh pihak musuh.

c) Pihak yang menimbulkan masalah (muzakarah, muqabalah & UG)tidak pernah meminta maaf secara terbuka dan `berusaha` merapatkan kembali ukhuwwah, bahkan semakin kuat menghentam pihak yang tidak setuju dgn ideanya, dgn menghemburkan bermacam macam tuduhan liar & tidak berasas. Dalam masa yang sama tangan dihulur, senyuman yang manis diberikan kepada UMNO.

Adakah setelah kerosakan dan kebodohan ini dilakukan, maka kita meminta ALLAH untuk menyelesaikannya, dan akhirnya menyalahkan takdir.......

TARBIAH APAKAH INI....

DALAM HAL INI, MURSYIDUL AM MENGAMBIL JALAN BENAR DENGAN MENGHENTIKAN TERUS `FITNAH` YANG MELANDA DENGAN MENGATAKAN `NO TO UMNO, THEN IF SOMEONE HERE STILL WANT THEM, OUT FROM HERE AND PLEASE JOIN THEM`.....

orang yang munafik ialah dia berbohong bila berkata-kata.......`mana ada pertemuan sulit, ana menafikan sekeras kerasnya pertemuan ana dengan ...`