Monday 3 August 2009

Catatan Perjalanan Himpunan Mansuhkan ISA



Suasana masjid negara jam 3.30 pagi lebih kurang. keadaan masih lengang. kami antara yang sampai awal. On the way hanya ada 2 roadblock. Laluan ke masjid negara, awal-awal lagi telah dikepung dan diblock oleh polis. Selepas membersihkan diri, rombongan pun terus rehat untuk simpan tenaga menghadapi siang esoknya.

Dekat dengan subuh, rombongan kami sempat berqiamullail. masing-masing mengambil kesempatan yang qudus ini untuk berdoa memohon keselamatan diri dunia dan akhirat. Kita bersusah payah datang seawal ini bukan untuk bertempur dengan pihak keselamatan. Kita ingin berhimpun dengan aman. Mengunjuk rasa simpati kepada mangsa ISA. Dengan kezaliman BN, ISA menjadikan ada anak yang kerinduan kasih bapanya, ada Isteri yang kesepian, ada ibu bapa yang kehilangan, ada keluarga yang kesusahan dan kemiskinan, ada kemanusiaan yang terlantar. Kita berhimpun kerana kemanusiaan... walaupun balasannya ialah sebuah kebinatangan! Kami bermunajat, sebagai abid di malam hari.. kuda perang di siang hari..

Pada jam 8.30 pagi lebih kurang, kelihatan peserta himpunan semakin ramai di sekitar masjid negara. Ada yang datang dengan bas sewa. Rasanya rombongan dari Terengganu. Ada pakcik mak cik, ada suami isteri, ada sekeluarga bersama anak-anak dan yang ramainya ialah saff anak-anak muda yang jernih wajah mereka berbanding anak-anak muda berpakaian polis yang hitam gelap dan kelat wajah mereka kerana membodohkan diri menjadi a****g setia kerajaan BN (B**i Negara).

Kelihatan juga ketika ini beberapa ekor a****g kerajaan BN sedang berkeliaran sekitar masjid negara. Ada yang jantan dan ada yang betina. Cadangan saya - jangan sesekali benarkan anak-anak anda menjadi polis selagi BN memerintah. Kalau ada yang bertunang dengan polis, putuskan segera. Kalau ada yang berkahwin dengan polis, cerai lagi baik. Mereka ni bukan manusia! Orang yang berehat dalam masjid dan beriktikaf, dihalau keluar. Kali ini, tangkapan rawak di lakukan kepada peserta himpunan sekitar masjid negara yang memakai baju atau lilitan kepala mansuhkan ISA. Masa ni kami berada di kawasan berkarpet di dalam masjid negara. Kawasan ini sahaja yang tidak di masuki oleh a****g-a****g ini. Kami berzikir dan membaca Al-Quran, dari pagi sampailah azan zuhur di laungkan.

Semasa ingin menunaikan solat zuhur berjemaah, bilangan peserta himpunan kelihatan memenuhi masjid ruangan solat masjid negara. Sebaik sahaja solat zuhur berjemaah, laungan berhimpun pun bermula. Kumpulan kami di masjid negara dipimpin oleh Dr Hatta Ramli dan Ustaz Ridhuan Md Nor. Pada peringkat awal kami keliru ingin menuju ke arah mana. Kerana polis telah mengadakan sekatan di jalan yang mengarah ke masjid negara.

Memenuhi masa terluang sebelum semboyan dilaungkan dengan zikrulLah dan bacaan Al-Quran. Inikah orang yang dianggap mengganggu gugat keselamatan negara? Yang berhimpun rata-ratanya golongan muda dan mudi yang berkopiah dan bertudung litup. Tak pernah terlibat dengan rasuah, skandal, letup meletup orang dan sebagainya. Mereka berarak ketika perhimpunan pun dengan laungan membesarkan Allah dan kalimat toiyyibah Laa Ilaha IllalLah! Kalimah ini gagal dihayati oleh haiwan bertopeng manusia yang tidak berakal!

Perbincangan dilakukan antara pimpinan himpunan dengan pihak polis bagi membenarkan laluan kami untuk berarak secara aman terus di istana negara. Permohonan tidak dihiraukan malah kami ditengking dan diherdik seperti haiwan. Tiada langsung rasa hormat kepada kami sebagai pembayar cukai yang menjadi antara punca gaji mereka dibayar. Entah apa yang disuapkan ke dalam otak mereka ini tentang kami oleh pimpinan polis dan BN. Sebahagian dari kami adalah anggota masyarakat dan warga negara yang turut menyumbang kepada kebaikan. Di kalangan kami ada guru dan pensyarah yang mengajar hatta anak-anak polis itu sendiri. Di antara kami ada ustaz dan ustazah yang memenuhi masa dalam hidup kami membantu pihak keselamatan menasihati dan mendidik masyarakat awam serta anak-anak muda dari jenayah, dosa dan mungkar. Sebahagian dari kami adalah ibu bapa yang sering mentarbiyah anak kami agar menjadi manusia yang berguna.. jangan jadi orang jahat seperti pemimpin UMNO dan BN. Wahai polis, apa jahatnya kami???

Apabila pergerakan ke istana negara terhalang, kami mengambil keputusan berarak ke arah Sogo atau Masjid Jamek bagi bersatu dengan himpunan kawan-kawan kami di sana yang katanya 2-3 kali ganda dari bilangan kami di masjid negara. Ini bukti yang jelas bahawa kami tidak menginginkan pertembungan dengan pihak keselamatan. Kalau ingin bertempur, di depan masjid negara lagi kami sudah rempuh sekatan yang dilakukan. Tetapi kami manusia, bukan seperti mereka...

Inilah suasana perarakan kami dari masjid negara. Masih ada yang kata bilangan yang berhimpun adalah sedikit. Saksikan sendiri gambar ini. Ini hanya kumpulan yang berarak dari masjid negara. Sedangkan kami dimaklumkan bahawa di hadapan Sogo, Pejabat Pas jalan Raja Laut dan di hadapan masjid Jamek jauh lebih ramai 2 hingga 3 kali ganda dari bilangan kami. Ketika gambar ini diambil, kami semakin dekat untuk bergabung dengan teman-teman kami di Sogo. Tetapi terhalang oleh a****g BN berkepala merah bersama senapang gas pemedih mata dan trak air kimia mereka.

Bagi mengelak pertempuran kami memilih untuk berpindah dari jalan atas ke jalan bawah. Di jalan bawah kami hanya terpaksa berhadapan dengan polis biasa yang berpakaian biru yang rata-ratanya anak muda yang seperti baru direkrut sebagai polis. Kami semakin tekad. Tiada jalan lain. Di sebelah kiri jalan, tebing tinggi dan diatasnya balai polis yang berpagar. Di sebelah kanan kami pula gaung curam yang menuju ke dataran merdeka. Di depan kami adalah benteng polis yang menghalang laluan. Kami terpaksa merempuh halangan tersebut. Berpatah balik, belum masanya. Kami harus mencuba, membunuh rasa takut!
Inilah anak-anak muda polis yang akhirnya menghindar ke tepi apabila menghadapi rempuhan ribuan peserta himpunan kami. Kasihan melihat kelibat mereka, walaupun terbetik juga rasa benci dengan ketololan mereka. Komen saya, usahlah dibuat menantu, tunang atau suami. Hidup penuh dengan celaan, sumpahan, caci maki dan doa mereka yang terzalimi. Kami semakin dekat dengan teman-teman di Sogo dan masjid Jamek. Tiba-tiba dari arah depan terdengar bunyi tembakan. Rupa-rupanya, peluru asap pemedih mata telah dimuntahkan beberapa das..

Kami masih tidak berganjak dengan tembakan awal tersebut. Sebahagiannya sudah biasa dan sebahagiannya menunggu arahan dari komanden himpunan samada terus atau berundur. Kaum wanita dan anak-anak diminta bersiap siaga serta berundur lebih awal sedikit. Teman-teman Unit Amal di barisan hadapan menghadapi tembakan pemedih mata tersebut..

Keadaan semakin ganas. Keganasan itu hanyalah di pihak keselamatan sahaja tanpa apa-apa tindak balas dari kami peserta rombongan kerana kami tidak memiliki apa-apa senjata. Kami hanya mampu meluahkan rasa kecewa. Mengapa kami ditembak dengan senjata tersebut sedangkan kami bukan penjenayah dan tiada rekod jenayah langsung. Mengapa pihak polis sangat bersungguh-sungguh mengerah tenaga dan upaya menghalang kami sedangkan masih banyak kes-kes siasatan polis yang belum selesai? Apa punca kematian Teo Beng Hock? Siapakah dalang di sebalik kematian Altantuya? Di mana adik Sharlinie?

Sedang kami bertolong bantu antara satu sama lain menghadapi kepedihan asap pemedih mata dengan garam yang diedarkan dan dikongsi bersama, kelihatan 3 hingga 4 trak water conan menuju ke arah kami dari sebelah kanan melalui jalan depan dataran merdeka. Pihak Unit Amal bergegas melaungkan arahan berundur kepada kami. Bayangkan, ribuan manusia bersesak-sesak berundur. Ada yang terjatuh, ada yang berguling, namun dengan rakus, megah dan bangganya, trak water conan tersebut memuntahkan air asidnya kepada kami tanpa mengira kaum wanita, orang tua maupun kanak-kanak.

Lihatlah realiti ini. Pedihnya kulit menghadapi asid dan asap tersebut. Bersabarlah teman... jika mereka tidak bertaubat, di akhirat nanti biarlah Allah menyembur mereka dengan air logam mendidih bakaran api neraka. Biar Allah menyembur mereka sehingga tersiat kulit dan luruh seluruh daging-daging mereka! Sombongnya mereka dengan sedikit kuasa yang ada..

Lihatlah Pak Cik ini. Usianya sebaya dengan bapa polis-polis dan fru-fru muda tersebut. Sedih mendengar dia merintih kesakitan dan sesak nafas. Dadanya terasa sakit. kami ingin membantunya, tetapi kami semua terkepung. Di depan menghala ke Sogo atau masjid Jamek, water conan dan peluru pemedih mata masih memuntahkan kesombongannya. Di belakang dari arah masjid negara, water conan bergerak perlahan menutup laluan bersama a****g BN berkepala merah menghala ke arah kami. Kami terkepung! Kami sudah ingin berundur dan bersurai. Kami seolah-olah tidak dibenarkan bersurai. Rasailah asap dan air ini!!! Seolah-olah itulah strategik celaka mereka!

Tangan saya terketar-ketar sewaktu mengambil gambar Pak Cik tadi dan anak-anak sekeluarga ini. Terketar bukan kerana takut, tetapi kerana perasaan sedih dan sebak yang berombak di dada. Demi Allah, mata saya terasa berair. Bukan kerana pedih disebabkan asid atau gas, tetapi pilu dek melihat kemanusiaan yang hilang serta kebinatangan bermaharajalela! Tahniah adik, kerana memiliki ibu bapa pasangan pejuang. Kami doakan agar seluruh anak-anak Malaysia memiliki keberanian seperti kalian! Tahniah kedua ibu bapanya! kami berdoa semoga seluruh ibu bapa di Malaysia ini berhati juang dan tekad seperti kalian. Kepada Pak Cik tua yang kelelahan dan kesakitan itu, semoga Allah mengangganjarkan Pak Cik istana di dalam syurga. Semoga kami yang muda ini juga istiqamah seperti Pak Cik!

Kami telah pun menutup himpunan ini dengan bacaan doa. Kami memohon dan mengadu kepada Allah s.w.t. sebagai pemilik nyawa dan diri kami serta musuh-musuh Allah itu. Kami berdoa sebagai manusia yang terzalimi, semoga kesakitan dan kesusahan yang kami tanggung ini akan menghapuskan dosa-dosa silam kami. Semoga kesakitan dan kepayahan ini akan mengangkatkan darjat kami di sisiMU. Semoga generasi baru umat ini nantinya, mempelajari dari rakaman sejarah bahawa satu ketika, pernah ada insan-insan yang membela keadilan, menentang kezaliman demi melihat negara Malaysia yang lebih Merdeka dan Sejahtera. Biarlah anak cucu kita berbangga dengan usaha kita! Allahu Akbar!!! Selesai sahaja berdoa dan bersurai, kami diserang habis-habisan.... Sebahagian di tangkap, sebahagian tercedera dan sebahagian berjaya meloloskan diri... namun, perjuangan belum selesai. Najib, UMNO dan BN, bersiap siagalah! Tentera Muhammad akan terus berjuang! Hanya ada 2 perhentiannya,
MENANG atau SYAHID!

A****g-a****g kerajaan BN sedang berhenti rehat setelah lelah menghambat peserta himpunan. Sedikit di ruang hati kecil ada perasaan simpati kerana mereka yang berhadapan kesusahan tugas, berpenat lelah, sedangkan tuan-tuan mereka lena tidur di mahligai indah. Namun benci rasanya melihat kebodoh sombongnya mereka dalam menghadapi orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, golongan OKU dan orang ramai seolah-olah tak ada langsung perikemanusiaan.

Beberapa komentar lain :
  1. Tersiar berita kononnya perhimpunan ini mengganggu lalu lintas. Sebenarnya yang menimbulkan kesulitan kepada pemandu dan lalu lintas ialah polis sendiri yang menutup jalan-jalan dan mengadakan roadblock-roadblock yang tidak berasas.

  2. Ada temu bual dari beberapa peniaga kedai yang pro-kerajaan kononnya mereka rugi berniaga kalau ada demonstrasi. Mengapa mereka tutup kedai pada hari tersebut, Bukankah kedatangan ramai orang luar dalam himpunan ini menyumbangkan kepada rancaknya penjualan? Kedai-kedai makan habis licin barang jualan, minuman dan masakan mereka. Yang menyebabkan kedai ditutup ialah apabila si celaka merah itu menyembur air asidnya dan melepaskan bom asapnya!!
Demikianlah catatan ringkas kami yang diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menggabungkan diri bersama bagi merasai sedikit keperitan dan kesulitan sebuah perjuangan. Alhamdulillah, di sebaliknya ada kemanisan dan peningkatan kekuatan jiwa..

ihsan dari - http://dpppayabesar.blogspot.com/

6 comments:

lady-d said...

ASSALAMUALAIKUM,
maafkan saya jika berkasar bahasa..tapi saya rasa amat kesal dengan tutur kata tuan or uan...mengelaran polis sebagai anjing...saya ini anak polis ...Rasuluallah ada suatu hari dibaling dengan batu oleh kafir..lalu jibril bertaye nya..Ya Rasuluallah..katakanlah apa yang hndak saya lakukan pada kafir yang baling batu...hendak saya hukum mereka...lalu Rasuluallah pun berkata...Tiada lan pintaku melainkan aku berdoa untuk mereka..Ya sahabat Rasuluallah di baling batu...namun masih mendoakan mereka..tapi kenp awak..hanya hamba biasa lg lemah mengutuk polis...ini kah etika seorang Islam sebenar...Kenapa baru sekarang panggil anjing,,Pernahkah saudara/i fikir pengorbanan mereka...Hari raye...saudara/i berseronok di hari raye berjumpa sanak saudara....tp ihsan mcm saya terpaksa duduk memandangkan ayah bertugas menjaga keamanan...itu sehgian ..dan byk lg..kekdng ayah saya keje jam pg..jage keamanan...adekah ini dipanggil anjing...sedangkn kamu lena tidur..walupun ayah saya polis digelar anjing..alhamdulilah...ilmu agama tidk penah ayah saya abaikan...dan sekarang pun saya sudah berjaya jadi jurutera hasil pendapatan ayah saya sebagai polis...

lady-d said...

ASSALAMUALAIKUM,
maafkan saya jika berkasar bahasa..tapi saya rasa amat kesal dengan tutur kata tuan or uan...mengelaran polis sebagai anjing...saya ini anak polis ...Rasuluallah ada suatu hari dibaling dengan batu oleh kafir..lalu jibril bertaye nya..Ya Rasuluallah..katakanlah apa yang hndak saya lakukan pada kafir yang baling batu...hendak saya hukum mereka...lalu Rasuluallah pun berkata...Tiada lan pintaku melainkan aku berdoa untuk mereka..Ya sahabat Rasuluallah di baling batu...namun masih mendoakan mereka..tapi kenp awak..hanya hamba biasa lg lemah mengutuk polis...ini kah etika seorang Islam sebenar...Kenapa baru sekarang panggil anjing,,Pernahkah saudara/i fikir pengorbanan mereka...Hari raye...saudara/i berseronok di hari raye berjumpa sanak saudara....tp ihsan mcm saya terpaksa duduk memandangkan ayah bertugas menjaga keamanan...itu sehgian ..dan byk lg..kekdng ayah saya keje jam pg..jage keamanan...adekah ini dipanggil anjing...sedangkn kamu lena tidur..walupun ayah saya polis digelar anjing..alhamdulilah...ilmu agama tidk penah ayah saya abaikan...dan sekarang pun saya sudah berjaya jadi jurutera hasil pendapatan ayah saya sebagai polis...

Abu Amirah As-Salimbari said...

Waalaikumussalam

terima kasih kepada Lady-D kerana sudi menjenguk blog kami.

1- Saya tidak maksudkan semua polis begitu. Yang saya maksudkan ialah polis yang taat membabi buta kepada kerajaan BN.

2- Betul saya tidak sehebat Rasulullah s.a.w. Tetapi saya tidak menghukum semua polis. Saya menghukum polis yang sengaja membodohkan diri menyembur pakcik yang tua, anak-anak kecil, OKU yang terlibat dalam demo dan rata-ratanya kaum wanita yang bertudung litup dan lelaki yang berkopiah.

3. Mereka langsung tdk membawa senjata ketika demo, mengapa mereka dikasari? Bukan itu sahaja, masih terlalu banyak keburukan dan kejahatan polis yang kalau nak disenaraikan di sini mungkin tak cukup muka surat. Belum kira anak rakan saya yang diminta membayar RM130.00 untuk hanya upah membeli makanan 3 bungkus nasi ketika di tahan demo baru2 ini.

Saya ada beberapa orang kawan bekas polis yang menceritakan pengalaman dahsyat mereka ketika bertugas sebagai polis dan terpaksa berhenti atau pencen awal untuk berubah jadi baik.

Kita tidak nafikan jasa baik mereka ketika berkhidmat, tetapi keburukan mereka juga amat banyak.

Kebelakangan ini sahaja banyak keputusan mahkamah menggambarkan polis yang bertindak semasa menahan sebenarnya melakukan kesalahan dari segi undang-undang seperti kes menahan dr hatta ramli berceramah di permis pas di muadzam dan kes dato mustafa ali yang ditahan di parlimen satu ketika dulu. keputusan mahkamah yang menyebelahi dr hatta dan dato mustafa ali membuktikan polis tersebut melanggar undang-undang.

Mereka kan ada akal, mata dan telinga, mengapa ketika menjalankan tugas menghadapi demonstrasi atau pakatan pembangkang tidak langsung menggunakan akal, mata dan hati mereka? dalam Al-Quran, orang yang tidak bertimbang rasa dan tidak pandai menggunakan akal, mata dan hati yang dianugerahkan oleh Allah dinamakan oleh Allah - MEREKA SEPERTI BINATANG BAHKAN LEBIH TERUK DARI BINATANG TERNAK.

ALLAH pun umpamakan seperti binatang, saya apatah lagi....

Abu Amirah As-Salimbari said...

Lady-D,

kami pun berjaga juga siang dan malam bekerja membangunkan negara.

kami demo pun sebab memperjuangkan sebuah negara yang bebas dari kezaliman BN. kami kadang-kadang tak tido malam untuk memastikan BN semakin lemah agar kezalimannya dapat dihentikan.

Tup-tup, polis pulak yang lebih-lebih sakiti kami. Jerkah, tengking dan herdik kami macam anjing kurap...

Amin Baek said...

saya juga anak seorg polis..andai anda dilahirkan sbg anak seorg polis,anda pasti merasa apa yg saya rasakan..dek kerana pebedaan politik,dgelarkn a*****..

pengorbanan untuk menjaga keamanan..beberapa hari tidak tido..berdepan dgn risiko..hadapi penjenayah..dan bnyak lagi..

kalau da dgelar a***** ,apabila berlaku kesusahan ,umah dceroboh,anak dculik,atau apa sahaja pun,usahla dilaporkan kepada pihak polis..kerana anda lebih baik tarafnya dibanding dgn polis2..

apa yang saya tahu,phimpunan ini tidak berpermit,jadi serangan dilakukan selepas usaha menyuraikan tidak berjaya..salah polis kah kalau anda semua tidak bersurai..betulkan kalau saya silap..

wallahuallam

Abu Amirah As-Salimbari said...

Terima kasih Amen Baek,

Saya dah sebut sebelum ni, bukan semua polis saya maksudkan. Tapi polis yang tidak boleh membezakan antara arahan yang rasional dengan arahan yang tidak rasional oleh pemimpin politik.

Tahun ni dengan tahun lepas sahaja, kalau ada perhimpunan yang dibuat oleh UMNO-BN atau pro kerajaan, mereka kawal dengan baik. Tapi kalau perhimpunan oleh PR-pembangkang, mereka tekan gila-gila, kelmarin pun diorang kacau sampai bengkak luka peserta.

Contoh perhimpunan yang saya sertai (cerita dalam blog ni). Kami dah nak bersurai. Pergi ke depan kena tembak dan sembur, berundur ke belakang pun kena tembak dan undur. Bayangkan... anak-anak kecil, orang tua, kaum wanita di tembak dengan peluru asap dan gas pemedih mata dan disembur dengan air asid.

Patutnya dah nampak kami dah berundur (kami pun x minat nak bertempur dengan polis, kami hanya nak lawan UMNO-BN) berilah lalauan kami berundur. Ni saja nak sakitkan orang...

Kami pun ada juga jasa dan sumbangan kerana kami juga warganegara dan sebahagian dari peserta adalah penjawat awam juga. Adik beradik dan sedara mara kami pun polis juga, tapi kami tetap x setuju dengan polis yang buat kerja secara membuta tuli...

Kalau UMNO-BN suruh masuk dan bakar diri dalam unggun api pun takkan nak terjun hanya kerana setia pada kerajaan????