Sebagaimana kita maklum, surah tersebut padat dengan petunjuk Allah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman akan akhlak dan adab mereka sesama mukmin dan pimpinan. Kupasan yang sangat menarik dan hidup disampaikan oleh TG Haji Abdul Hadi Awang menjadikan mereka yang pernah mempelajari tafsir surah tersebut juga sangat terpegun dan tersentuh. Gaya penyampaian Tuan Guru yang bersungguh-sungguh, padat dengan ulasan asbab an-nuzul, tafsiran dari hadith2 Nabi s.a.w. dan dikembangkan dengan sirah nabawiyyah dalam keadaan hanya sekali sekala melihat kitab menggambarkan bahawa beliau telah hadham dengan tafsiran surah tersebut. Syarahannya lebih terperinci dan luas dari isi yang terdapat dalam buku tafsirnya yang dicetak dan dijual sepanjang ijtimak ini. Yang lebih membekas dalam hati para peserta ialah kupasan dan syarahnya sangat hidup dan contoh2 yang diberikan sangat realiti. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan pengajian kitab tersebut secara talaqqi dengan beliau. Sebelum ini, kami adalah anggotanya dalam jamaah Pas, pendokongnya dalam perjuangan Islam, murid umumnya dalam ceramah dan taujihat.. hari ini, kami telah menjadi murid khususnya dengan menamatkan pengajian secara talaqqi surah tersebut. Terima kasih Ayah Chik!
- perlunya anak-anak muda menghidupkan dakwah di kalangan muslim dan non muslim untuk memindahkan manusia dari sekadar muslim kepada mukmin, seterusnya menjadi muhajir dan mujahid.
- hidup Nabi s.a.w. dipenuhi dengan perjuangan. Lebih kurang 52 peperangan berlaku di sepanjang hidup Nabi s.a.w., 27 darinya disertai oleh baginda s.a.w.
- dalam perjuangan perlunya ilmu dan faham (al-fahmu al-amiq) dan beramal dengan ilmu
- dalam perjuangan, para pejuang mesti menjadi qudwah atau teladan kepada sasaran dakwah
- membimbing masyarakat agar celik agama dengan memahamkan mereka akan intipati Al-Quran
- selalulah membaca kisah-kisah syabab (anak muda) dalam sejarah awal kegemilangan islam.
- perlu kepada pemerkasaan ilmu, iman dan akhlak.
- asas kepada ilmu ialah makrifah ad-din iaitu celik agama
- ilmu agama yang dianggap keutamaan sekarang ini malah turut dipersetujui di kalangan pimpinan gerakan Islam yang turut hadir dalam pertemuan gerakan Islam di peringkat antarabangsa ialah ilmu berkaitan fiqh al-maqasid as-syariyyah.
- untuk melahirkan Jil Al-Quran Al-Farid (generasi Al-Quran Unik), hendaklah rutin membaca al-Quran, melihat terjemahannya, mempelajari tafsir Al-Quran, beramal dengan segala isinya serta istiqamah dengan tuntutan al-Quran.
Seterusnya Ustaz Nasharuddin bertanyakan pendapat beliau (Khaleed Misy'al) tentang Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang telah ditubuhkan dalam Pas hasil dari satu kajian panjang dan dengan persetujuan beberapa orang tokoh gerakan Islam dan Ulamak dalam satu pertemuan di London (melibatkan TG Haji Abdul Hadi, Rashid Ganoushi Tunisia, Faizal Mawlawi Lubnan, Dr Yusof Al-Qardhawi dll). Khaleed Misy'al menyatakan, inilah kelebihan dan kehebatan PAS! Ustaz Nasharuddin mengatakan apalah sangat PAS jika nak dibandingkan dengan Ikhwan atau Jamaat Islami. Khaleed Misy'al menyatakan ANTUM WAAQIEYYUN - kalian sangat realistik. Pas baginya sebuah Harakah Islamiah yang sangat memahami dan bergerak berasaskan realiti semasa. Katanya, kalian mengkaji dalil, memahami realiti dan kalian bergerak berasaskan perkara tersebut. Dalam bab ini, PAS mendahului dan menjadi contoh kepada gerakan-gerakan Islam yang lain. Tambahnya lagi, isu ini (penglibatan non-muslim dalam harakah Islam) hangat dibincangkan di kalangan gerakan Islam di seluruh dunia dan Hamas akan belajar tentang perkara ini dari PAS!
Inilah kelebihan Parti Islam Se-Malaysia PAS. Kita tidak perlu berbangga dengan berapa banyak kitab Hasan Al-Banna yang dikhatam, merasa gah dengan berapa banyak buku haraki Syed Qutb atau Abul A'la Al-Maududi yang dihadham... kerana tarbiyah itu bukan semata-mata berbangga dengan kitab dan buku tetapi indikator tarbiyah ialah pada melahirkan jundi yang terus menerus memperbaiki diri dan ikhlas bekerja memenangkan Islam serta dirasai ramai akan sumbangannya kepada perkembangan dan pembelaan Islam!
No comments:
Post a Comment