Monday, 4 October 2010

Ijtimak Tarbawi Pemuda Pas Peringkat Kebangsaan 2010 - 1

Gambar sekitar pendaftaran peserta pada petang 1hb Oktober 2010. Kehadiran yang sangat memberangsangkan dari pemuda, nisa', muslimat dan siswa-siswi dari seluruh negara. Walau pun program hanya wajib kepada exco pemuda pas pusat, exco pemuda pas negeri dan kawasan, tetapi seluruh ahli pemuda, muslimat, nisa' dan siswa-siswi dijemput hadir dan dialu-alukan.

Pengisian bermula dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Naib Presiden Pas merangkap Ahli Majlis Syura Ulama' dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Al-Fadhil Al-Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Para peserta yang tiba awal, padat memenuhi ruang solat utama masjid Rusila. Sebahagian dari peserta ada yang masih dalam perjalanan.

Selepas Isyak, bermulanya Majlis Perasmian yang dilangsungkan oleh Presiden Pas, Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi, TG Haji Abdul Hadi Awang. Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, selaku Pengerusi Akademi Tarbiyah (AKTAR) DPPP menyampaikan ucapan alu-aluan. Murabbi muda ini adalah antara tenaga utama mendokong Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi dalam memugar kembali agenda tarbiyah di kalangan pemuda PAS!

Ucapan perasmian disampaikan dengan penuh semangat oleh Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi TG Haji Abdul Hadi Awang. Tokoh Ulamak dan Murabbi yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Chik di kalangan anak muridnya ini sentiasa segar dan bersemangat bila membicarakan tentang kepentingan tarbiyah dalam perjuangan. Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Al-Fadhil Al-Ustazul Murabbi, Dato' Yahya Othman selaku Murabbi Pas Pusat walau pun dalam keadaan sedikit uzur. Digagahinya juga demi kelangsungan tarbiyah generasi muda Pas!


1 comment:

muhd_abduhu said...

salam,

syukran atas usaha JK IT utk menjayakan program ini. Ia satu momentum awal utk rejuvenate tarbiah yg telah lama sepi dlm pemuda dan PAS amnya.

Mengambil pesanan Dr Asiah dlm forum, belum bgtau silibus perlu direview setiap 3 - 5 tahun sekali (klu x salah dgr, dok blakang)

Pemuda pun kena seiring dgn semasa. Dalm masalah ilmu pulak, bila kita bercakap ttg al wala' dan at taat kpd ahli bawahan, kita juga perlu bg ilmu kpd ahli ttg apa fx2 pembatal taat dan wala'. Ahli perlu tau spy cakerawal pemikirannya meluas dan x timbul soal tidak wala' klu ahli mengkritik slps ini.

Ana jugak terkilan krn ada jugak individu2 besar dlm pemuda baik negeri atau pusat yg x dtg program ni. spttnya kena hadirlah, bersih hati skitlah sbb bila lama bjuang ni, mcm2 penyakit masuk.

ala kulli hal , ad'ukum aj main binnajah fi qiyati hazal jihad, wassalam.