Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 6

PROGRAM TA’RIF 2 : MADRASAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Ta’rif

Kekerapan : 10 slot pengisian utama

Perjalanan aktiviti :

1. Solat maghrib berjamaah dan bacaan zikir Ma’thurat
2. Taujihat kepimpinan pemuda – isu semasa dan motivasi perjuangan
3. Pengisian utama Madrasah
4. Sesi soaljawab
5. Solat Isya’ berjamaah
6. Bersurai

Taujihat kepimpinan pemuda dan pengisian utama Madrasah boleh didahulukan salah satu berdasarkan kesesuaian.

Tajuk Pengisian Utama :

1. Keutamaan ilmu dan kefahaman islam
2. Islam sebagai Ad-Deen yang syumul
3. Syahadatain ; tuntutan dan perkara yang membatalkannya
4. Tazkiyah An-Nafs ; kepentingan, wasilah dan halangannya
5. Fiqh Ad-Dakwah
6. Khilafah Islamiyyah ; faktor kejatuhan dan kewajipan menegakkannya
7. Sejarah & perkembangan gerakan Islam sedunia
8. Sejarah Perjuangan PAS dan sumbangannya
9. Kewajipan intima’ dengan jamaah Islam
10. Kenapa saya bersama PAS

Tugas urusetia :

1. Tetapkan tarikh program
2. Hubungi penceramah dan sediakan saguhati
3. Dapatkan kertaskerja dari Lajnah Tarbiyah dan edarkan kepada peserta
4. Rekod kehadiran

Laporan :

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan Madrasah dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan program Madrasah.
  2. 10 slot untuk tajuk utama hendaklah dipastikan ianya dilalui oleh semua ahli peringkat Ta’rif.
  3. Sekiranya kesuntukan masa atau kekurangan ruang disebabkan oleh pertembungan aktiviti dan sebagainya, 10 tajuk tersebut boleh diselitkan di dalam mana-mana aktiviti tarbiyah yang lain.
  4. Walau bagaimana pun mengadakan 10 slot pertemuan Madrasah adalah menjadi keutamaan lantaran tarbiyah bukan sekadar pengisian minda, tetapi merangkumi juga kekerapan pertemuan, ukhuwwah dan sebagainya

PROGRAM TA’RIF 3 : TAMRIN

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan :
Semua ahli pemuda peringkat Ta’rif

Kekerapan :
2 kali tamrin

Jenis tamrin :


Tamrin 1 – Tamrin Kefahaman Islam
Tamrin 2 – Tamrin Pembentukan Fikrah

Perjalanan aktiviti :
  1. Diadakan 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam
  2. Perkara-perkara berikut mesti dipertekankan :
  • Sesi Taaruf
  • Solat Berjamaah
  • Tadarus Al-Qur’an
  • Zikir Ma’thurat pagi dan petang
  • Qiamullail
  • Riadhah atau Tarbiyah Jasadiyyah
  • Disiplin
Pengisian Utama :

Tamrin 1 – Tamrin Kefahaman Islam :
1) Aqidah dan perjuangan
2) Memahami Konsep Ibadah Dalam Islam
3) Keperibadian dan Akhlak Islam
4) Usrah sebagai tunjang jamaah
5) Konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Tamrin 2 – Tamrin Pembentukan Fikrah :
1) Pembentukan Rumahtangga Islam
2) Pertentangan antara Islam dan Sekuler
3) Fiqh Amal Islami
4) Konsep amal jamaie dan amal ijtimaie
5) Ta’adud Jamaah ; faktor, kesan dan penyelesaiannya

Laporan :

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan lengkap program dan diserahkan kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Pengisian utama program adalah tertakluk dan dirujuk kepada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
  2. Perjalanan program boleh diadakan secara fleksibel mengikut kesesuaian tetapi mengambil kira keutamaan tajuk pengisian utama
  3. Urusetia hendaklah memastikan berlakunya keseimbangan aktiviti merangkumi pembangunan minda, emosi (motivasi), ruhani dan jasmani. Jangan hanya tertumpu kepada pengisian minda.

No comments: