Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 7

PROGRAM TA’RIF 4 : KATIBAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Ta’rif

Kekerapan : Sekali sebulan sekurang-kurangnya (pengukuran – 10 kali)

Perjalanan aktiviti :

1. Berkumpul
2. Tadarus Al-Qur’an
3. Muhasabah
4. Tidur
5. Tahajjud
6. Solat Subuh Berjamaah dan bacaan zikir Ma’thurat
7. Kuliah Subuh
8. Bersurai

Laporan :

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Pengisian Katibah hendaklah fokus kepada pengisian ruhiyyah dan tazkiyyah disamping boleh diselitkan tentang kisah hidup tokoh-tokoh perjuangan Islam dan sebagainya.
  2. Antara contoh pengisian ialah ; MuraqabatulLah, Ihsan, Mengingati Mati, Perjalanan Alam Akhirat, Syarat Taubat, Nikmat Syurga, Azab Neraka, Kemanisan Iman dan sebagainya.
PROGRAM TA’RIF 5 : IJTIMA’ TARBAWI

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Penyertaan : Semua ahli pemuda PAS negeri Pahang (termasuk peringkat Ta’rif)

Kekerapan : 1 kali setahun

Perjalanan aktiviti : Satu hari penuh atau separuh hari

Pengisian Utama :

1. Ucapan pimpinan negeri atau pemuda negeri
2. Ucapan pimpinan pemuda Pusat
3. Program semasa berdasarkan kesesuaian

Laporan :

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri bertanggungjawab menyediakan laporan dan dibentangkan di dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :

Program semasa dalam pengisian Ijtima’ boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk yang bersesuaian seperti ; Wacana, Dialog, Seminar, Diskusi, Ceramah dan sebagainya.

No comments: