Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) – 5

7.1. PERINGKAT TA’RIF (ASAS)

Pengenalan : Marhalah Ta’rif ialah peringkat pengenalan atau asas dalam mengenali tasawwur Islam secara lengkap dan menyeluruh untuk dihayati sebagai satu cara hidup. Ketaatan yang sempurna belum diperlukan pada peringkat ini, cukuplah sekadar ketaatan yang membawa seseorang itu menghormati peraturan dan dasar umum jamaah.

Keanggotaan : Penyokong dan ahli yang baru atau belum mendapat mana-mana tarbiyah harakiyyah

Objektif :
  1. Mendedahkan tasawwur Islam yang lengkap dan menyeluruh
  2. Membersihkan fikrah dari sebarang ideologi yang bercanggah dengan Islam
  3. Melahirkan generasi yang beriman, iltizam dengan dasar Islam, melaksanakan kefardhuan dan menjauhi dosa-dosa besar
  4. Memperkenalkan aspek harakah islamiyyah, tuntutan dakwah, amar makruf nahi mungkar dan keperluan berjamaah
  5. Mewujudkan ukhuwwah yang kukuh di kalangan penyokong dan ahli

Tempoh masa :
Sekurang-kurangnya setahun hingga dua tahun

Program lazim peringkat Ta’rif :
  1. Halaqah Usrah
  2. Madrasah
  3. Tamrin
  4. Katibah
  5. Ijtima’ Tarbawi


PROGRAM TA’RIF 1 : HALAQAH USRAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Cawangan dan Kawasan

Penyertaan :
Semua ahli pemuda peringkat Ta’rif

Kekerapan :
1 x seminggu atau 2 x sebulan (pengukuran – 30 kali)

Perjalanan aktiviti :

Sebaik-baiknya :-
1. Solat Berjamaah
2. Bacaan zikir Ma’thurat
3. Pendahuluan pengerusi
4. Perbentangan Al-Quran dan tafsirannya
5. Perbentangan Hadith dan syarahannya
6. Perbentangan Sirah Nabawiyyah dan kupasannya
7. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
8. Perbincangan Isu Semasa
9. Lain-lain hal – isu peribadi, keluarga, aktiviti jamaah dan lain-lain
10. Bersurai

Sekurang-kurangnya :-
1. Pendahuluan Naqib
2. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
3. Perbincangan Isu Semasa
4. Lain-lain hal - isu peribadi, keluarga, aktiviti jamaah dan lain-lain
5. Bersurai

Manhaj dan Teks Usrah
  1. Manhaj usrah hendaklah dirujuk kepada kertas kerja Manhaj Usrah PAS terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan PAS Pusat
  2. Teks usrah - boleh menggunakan mana-mana teks usrah peringkat Ta’rif terbitan Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat atau Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat atau mana-mana teks yang bersesuaian dan mencapai objektif peringkat Ta’rif
Laporan :
  1. Naqib hendaklah memenuhi borang laporan yang disediakan setiapkali berusrah
  2. Pada setiap bulan, naqib dikehendaki menyerahkan laporan perjalanan usrah tersebut kepada ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan.
  3. Laporan tersebut seterusnya hendaklah diserahkan dari masa ke semasa oleh ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri.
Perhatian :
  1. Usrah yang terhad kepada pengisian buku teks usrah hendaklah ditampung dengan kuliah pengajian tafsir, hadith dan sirah kepada ahli
  2. Sebaiknya berikan nama kepada kumpulan usrah yang ditubuhkan
  3. Maklumat kumpulan usrah hendaklah direkodkan dan disimpan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk rujukan dari masa ke semasa
  4. Tabung usrah boleh diwujudkan untuk membudayakan infaq dan khairat
  5. Usrah hendaklah juga berperanan sebagai Unit Kerja Jamaah (UKJ)

No comments: