Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) – 4

6. MEKANISME PENGUKURAN

6.1. Segala laporan aktiviti mencakupi perjalanan program, rekod dan maklumat kehadiran peserta hendaklah dilaporkan oleh Lajnah Tarbiyah DPP kawasan kepada Lajnah Tarbiyah DPP negeri.

6.2. Sijil pengiktirafan Manhaj Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) akan dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah DPP negeri kepada ahli pemuda setelah penilaian dibuat berdasarkan perkara berikut :
  1. Peratus rekod penyertaan dan penglibatan pemuda dalam program tarbiyah di peringkat Ta’rif dan Takwin
  2. Pengesahan dan sokongan dari ketua pemuda & ketua lajnah tarbiyah pemuda kawasan
  3. Kelulusan di dalam penyertaan Ijtima’ Tarbawi Peringkat Takwin sebagai platform imtihan yang mencakupi :
    • Ujian bertulis objektif
    • Komitmen peserta
    • Modul berkumpulan – laporan fasilitator
    • Public speaking

7. MARHALAH TARBIYAH & PERINCIAN AKTIVITI

Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang terbahagi kepada 3 (marhalah) peringkat :
  1. Peringkat Ta’rif (Asas)
  2. Peringkat Takwin (Pembinaan)
  3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan)
Berikut adalah perincian setiap marhalah (peringkat) tarbiyah beserta aktiviti yang mesti diikuti oleh ahli pemuda di setiap peringkat tersebut :

No comments: