Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 1

KANDUNGAN

1. Latarbelakang
2. Objektif
3. Jawatankuasa MANTAP
4. Fungsi
5. Memahami Beberapa Istilah
6. Mekanisme Pengukuran
7. Marhalah Tarbiyah & Perincian Aktiviti
a. Peringkat Ta’rif (Asas)
b. Peringkat Takwin (Pembinaan)
c. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan)
8. Beberapa Program Tambahan
9. Ringkasan Aktiviti & Kekerapan
10. Rujukan
11. Lampiran


1. LATARBELAKANG

“Mentarbiyah diri masing-masing dengan kesabaran menghadapi cabaran dengan mengeratkan hubungan kita dengan Allah s.w.t. yang meningkatkan iman dan taqwa serta meningkatkan ukhuwwah di kalangan ahli – bersatu laksana satu jasad…” [petikan dari teks ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke 53 di PUTIK]

“Tumpuan untuk memperkasakan tarbiyah mesti diperhebatkan. Persaingan fikrah atau kekaburan wehdatul fikri hanya boleh diatasi oleh gerak kerja yang mantap dan menyeluruh. Saya menyeru semua ahli dan pimpinan PAS supaya bersedia untuk terus ditarbiyah dan beriltizam dengan tarbiyah PAS agar kesatuan dapat diwujudkan dalam jamaah” [petikan dari teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat dalam Muktamar Tahunan DPPP ke 48 di PUTIK]

“Kualiti ahli-ahli dan petugas parti mesti berterusan digilap dengan ilmu dan kualiti kerohanian. Lajnah Tarbiyah di semua peringkat mesti mempunyai sasaran berfokus yang boleh diukur (measurable) untuk melahirkan petugas dan pelapis yang berkualiti. Nuqaba’ mesti bersemangat juang yang tinggi menjana tenaga jundullah untuk keperluan jangka panjang perjuangan” [Menjadikan PAS Wadah Rakyat, Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ucaptama Konvensyen PAS Pahang Kali Kelima]

“Program pentarbiyahan mestilah diperkemas dan berkualiti, bukan sekadar menjadi program akademik, wacana ilmiah atau perkhemahan. Tetapi ia mestilah satu proses yang memerlukan pemantauan berkesan dan berterusan” [petikan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang dalam Muktamar Tahunan DPPNP kali ke 25 di SMART Temerloh]

No comments: