Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 9

PROGRAM TAKWIN 2 : MADRASAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Takwin

Kekerapan : 10 slot pengisian utama

Perjalanan aktiviti :
  1. Solat maghrib berjamaah dan bacaan zikir Ma’thurat
  2. Taujihat kepimpinan pemuda – isu semasa dan motivasi perjuangan
  3. Pengisian utama Madrasah
  4. Sesi soaljawab
  5. Solat Isya’ berjamaah
  6. Bersurai
Taujihat kepimpinan pemuda dan pengisian utama Madrasah boleh didahulukan salah satu berdasarkan kesesuaian.

Tajuk Pengisian Utama :
  1. Tarbiyah Islamiyyah Harakiyyah
  2. Prasyarat kejayaan Harakah Islamiyyah
  3. Ikhlas dalam perjuangan
  4. Jihad dan dan pengorbanan dalam Islam
  5. Istiqamah dalam perjuangan
  6. Golongan yang tercicir di jalan dakwah
  7. Kepentingan Ukhuwwah Islamiyyah
  8. Demokrasi pilihanraya dalam pendekatan perjuangan
  9. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya
  10. Tahalluf dalam Islam
Tugas urusetia :
  1. Tetapkan tarikh program
  2. Hubungi penceramah dan sediakan saguhati
  3. Dapatkan kertaskerja dan edarkan kepada peserta
  4. Rekod kehadiran
Laporan :

LT DPP Kawasan hendaklah menyediakan laporan Madrasah dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah DPP Negeri

Perhatian :
  1. Ketua Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan program Madrasah.
  2. 10 slot untuk tajuk utama hendaklah dipastikan dilalui oleh semua ahli peringkat Ta’rif.
  3. Sekiranya kesuntukan masa atau kekurangan ruang disebabkan oleh pertembungan aktiviti dan sebagainya, 10 tajuk tersebut boleh diselitkan di dalam mana-mana aktiviti tarbiyah yang lain.
  4. Walau bagaimana pun mengadakan 10 slot pertemuan Madrasah adalah menjadi keutamaan lantaran tarbiyah bukan sekadar pengisian minda, tetapi merangkumi juga kekerapan pertemuan, ukhuwwah, kebersamaan dan lain-lain.

PROGRAM TAKWIN 3 : TAMRIN

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Takwin

Kekerapan : 2 kali tamrin

Jenis tamrin :

Tamrin 1 – Tamrin Peningkatan Tarbiyah 1
Tamrin 2 – Tamrin Peningkatan Tarbiyah 2

Perjalanan aktiviti :

1. Diadakan 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam
2. Perkara-perkara berikut mesti dipertekankan :
  • Sesi Taaruf
  • Solat Berjamaah
  • Tadarus Al-Qur’an
  • Zikir Ma’thurat pagi dan petang
  • Qiamullail
  • Riadhah atau Tarbiyah Jasadiyyah
  • Disiplin
Pengisian Utama :

Tamrin 1 – Tamrin Peningkatan Tarbiyah 1
  1. Akhlaq dan disiplin dalam jamaah
  2. Memahami konsep sirr dan hazar
  3. Bai’ah dan tuntutannya
  4. Mehnah dan Tribulasi dalam perjuangan
  5. Usul Isyrin – Usul 1-10
Tamrin 2 – Tamrin Peningkatan Tarbiyah 2
  1. Memahami Konsep Wala’ & tuntutannya
  2. Memahami perlembagaan dan struktur organisasi PAS
  3. Cabaran PAS masakini
  4. Kepimpinan ; antara beban amanah & kebanggaan
  5. Usul Isyrin – Usul 11-20
Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan lengkap program dan diserahkan kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Pengisian utama program adalah tertakluk dan dirujuk kepada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
  2. Perjalanan program boleh diadakan secara fleksibel mengikut kesesuaian tetapi mengambil kira keutamaan tajuk pengisian utama
  3. Urusetia hendaklah memastikan berlakunya keseimbangan aktiviti merangkumi pembangunan minda, emosi (motivasi), ruhani dan jasmani. Jangan hanya tertumpu kepada pengisian minda.

No comments: