Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 12

PROGRAM TANFIZ 2 : LIQA FIKRI

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Tanfiz (pimpinan dam Nuqaba’)

Kekerapan : 3 kali setahun (4 bulan sekali)

Perjalanan aktiviti :
  1. Solat maghrib berjamaah
  2. Halaqah zikir Ma’thurat
  3. Taujihat kepimpinan pemuda – isu semasa dan motivasi perjuangan
  4. Pengisian utama Liqa’ Fikri
  5. Sesi soaljawab
  6. Solat Isya’ berjamaah
  7. Bersurai
Taujihat kepimpinan pemuda dan pengisian utama Liqa’ Fikri boleh didahulukan salah satu berdasarkan kesesuaian.

Tajuk Pengisian Utama :

Tajuk pengisian utama akan ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan kesesuaian. Pengisian akan difokuskan kepada isu tarbiyah dan fikrah, pengukuhan dalaman jamaah, kupasan ilmiah terhadap sebarang kesamaran dan syubhat sekitar jamaah dan sebagainya. Contoh tajuk ialah seperti :
  1. Memahami Fiqh Aulawiyyat
  2. Memahami Fiqh Waqie’
  3. Memahami Fiqh Ikhtilaf dan seumpamanya
Tugas urusetia :
  1. Tetapkan tarikh program
  2. Hubungi penceramah dan sediakan saguhati
  3. Dapatkan kertaskerja dan edarkan kepada peserta
  4. Rekod kehadiran
Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan Liqa’ Fikri dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan program Liqa’ Fikri
  2. Program Liqa’ Fikri digalakkan agar diadakan secara gabungan Dewan Pemuda PAS Kawasan di peringkat zon.

PROGRAM TANFIZ 3 : TAMRIN QIADI

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Tanfiz (pimpinan dan nuqaba’)

Kekerapan : 1 kali tamrin setahun dan berterusan

Jenis tamrin : Tamrin Qiadi

Perjalanan aktiviti :
  1. Diadakan 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam
  2. Perkara-perkara berikut mesti dipertekankan :
  • Sesi Taaruf
  • Solat Berjamaah
  • Tadarus Al-Qur’an
  • Zikir Ma’thurat pagi dan petang
  • Qiamullail
  • Riadhah atau Tarbiyah Jasadiyyah
  • Disiplin
Pengisian Utama : Pengisian utama Tamrin Qiadi aakan ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri dari masa ke semasa bersesuaian dengan keperluan dan suasana semasa

Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri hendaklah menyediakan laporan lengkap program dan dilaporkan kepada mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri.

Perhatian :
  1. Pengisian utama program adalah tertakluk dan dirujuk kepada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
  2. Perjalanan program boleh diadakan secara fleksibel mengikut kesesuaian tetapi mengambil kira keutamaan tajuk pengisian utama
  3. Urusetia hendaklah memastikan berlakunya keseimbangan aktiviti merangkumi pembangunan minda, emosi (motivasi), ruhani dan jasmani. Jangan hanya tertumpu kepada pengisian minda.

No comments: