Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 10

PROGRAM TAKWIN 4 : KATIBAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Takwin

Kekerapan : Sekali sebulan sekurang-kurangnya

Perjalanan aktiviti :
  1. Berkumpul
  2. Tadarus Al-Qur’an
  3. Muhasabah
  4. Tidur
  5. Tahajjud
  6. Solat Subuh Berjamaah dan bacaan zikir Ma’thurat
  7. Kuliah Subuh
  8. Bersurai
Laporan :

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Pengisian Katibah hendaklah fokus kepada pengisian ruhiyyah dan tazkiyyah disamping boleh diselitkan tentang kisah hidup tokoh-tokoh perjuangan Islam dan sebagainya.
  2. Antara contoh pengisian ialah ; MuraqabatulLah, Ihsan, Mengingati Mati, Perjalanan Alam Akhirat, Syarat Taubat, Nikmat Syurga, Azab Neraka, Kemanisan Iman dan sebagainya.

PROGRAM TAKWIN 5 : IJTIMA’ TARBAWI

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Penyertaan : Semua ahli pemuda PAS negeri Pahang peringkat Takwin

Kekerapan : 1 kali setahun

Perjalanan aktiviti : Satu hari penuh

Pengisian Utama :
  1. Ucapan pimpinan negeri atau pemuda negeri
  2. Ucapan pimpinan pemuda Pusat
  3. Aktiviti pengukuran dan merangkumi :
  • Ujian bertulis objektif
  • Komitmen peserta
  • Modul berkumpulan – laporan fasilitator
  • Public speaking
Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri bertanggungjawab menyediakan laporan dan dibentangkan di dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri.

Perhatian : Program semasa dalam pengisian Ijtima’ boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk yang bersesuaian seperti ; Wacana, Dialog, Seminar, Diskusi, Ceramah dan sebagainya.

No comments: