Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 2


2. OBJEKTIF

1. Mewujudkan manual tarbiyah sistematik peringkat Pemuda PAS Pahang.

2. Melunaskan pelbagai persoalan tarbiyah yang seringkali dibangkitkan samada berkenaan angka produk, silibus berpusat, pengukuran dan sebagainya.

3. Membudayakan gerak kerja berfokus, tersusun dan boleh diukur.


3. JAWATANKUASA MANTAP

Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Bendahari Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan
Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan
Ahli Jawatankuasa yang dilantik


4. FUNGSI

4.1. Manual Tarbiyah MANTAP berfungsi sebagai :
  • Manhaj teras bagi gerakerja tarbiyah yang berfokus
  • Sumber rujukan dalam menggerakkan aktiviti tarbiyah pemuda
  • Panduan pelaksanaan aktiviti tarbiyah pemuda

4.2. Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri berfungsi sebagai :
  • Pengeluar arahan dan penyelia
  • Penyelaras bahan dan tenaga pengisi
  • Pemantau dan penyelaras laporan
  • Pelaksana (aktiviti tertentu)

4.3. Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan berperanan sebagai :
  • Penyelaras aktiviti di peringkat kawasan dan cawangan
  • Pelaksana dan penggerak aktiviti di peringkat kawasan
  • Pelapor semua aktiviti tarbiyah kawasan ke negeri

4.3. Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan berperanan sebagai :
  • Penyelaras aktiviti di peringkat kawasan dan cawangan
  • Pelaksana dan penggerak aktiviti di peringkat kawasan
  • Pelapor semua aktiviti tarbiyah kawasan ke negeri

No comments: