Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 11

7.3. PERINGKAT TANFIZ (PELAKSANAAN)

Pengenalan : Marhalah Tanfiz ialah peringkat pelaksanaan yang mana usaha dan gerak kerja dalam peringkat ini ialah jihad yang bersungguh-sungguh yang tidak kenal tawar menawar dan amal yang berterusan untuk mencapai matlamat. Ia melibatkan pengorbanan yang tinggi dari segala aspek serta ketaatan yang sempurna dan tidak berbelah bagi.

Keanggotaan : Ahli yang tergolongan di kalangan nuqaba’ dan pimpinan atau telah mengikuti tarbiyah Peringkat Takwin serta bersedia untuk memberikan pengorbanan yang tinggi.

Objektif :
  1. Membina kepimpinan, nuqaba’ dan anggota yang teguh iman, tekun beribadah, berbudi pekerti tinggi, kuat berjuang dan sentiasa bersemangat
  2. Membentuk kepimpinan, nuqaba’ dan anggota yang memiliki ketaatan dan pengorbanan yang sempurna
  3. Membentuk kepimpinan, nuqaba’ dan anggota yang berketrampilan, proaktif, memiliki penguasaan ilmu serta kemahiran yang luas, pelbagai dan terkini
Tempoh masa : Berterusan

Program lazim peringkat Tanfiz :
  1. Halaqah Usrah
  2. Liqa Fikri
  3. Tamrin Qiadi
  4. Katibah
  5. Ijtima’ Nuqaba’

PROGRAM TANFIZ 1 : HALAQAH USRAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Cawangan dan Kawasan

Penyertaan :
  1. Kawasan - AJK Dewan Pemuda PAS dan Nuqaba’ Pemuda Kawasan
  2. Negeri - Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
Kekerapan :
  1. Kawasan - 2 x sebulan
  2. Negeri – 1 x sebulan
Perjalanan aktiviti :

Sebaik-baiknya :-
  1. Solat Berjamaah
  2. Zikir Ma’thurat
  3. Pendahuluan pengerusi
  4. Perbentangan Al-Quran dan tafsirannya
  5. Perbentangan Hadith dan syarahannya
  6. Perbentangan Sirah Nabawiyyah dan kupasannya
  7. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
  8. Perbincangan Isu Semasa
  9. Mesyuarat DPP Kawasan
  10. Bersurai
Sekurang-kurangnya :-
  1. Pendahuluan Naqib
  2. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
  3. Perbincangan Isu Semasa
  4. Mesyuarat DPP negeri
  5. Bersurai
Manhaj dan Teks Usrah :
  1. Manhaj usrah hendaklah dirujuk kepada kertas kerja Manhaj Usrah PAS terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan PAS Pusat
  2. Teks usrah - boleh menggunakan mana-mana teks usrah peringkat Tanfiz terbitan Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat atau Lajnah Tarbiyah DPP Pusat atau mana-mana teks yang bersesuaian dan mencapai objektif peringkat Tanfiz
Laporan :

Usrah peringkat Tanfiz ini juga mestilah direkodkan laporannya pada setiap peringkat untuk tujuan rujukan dan ukuran komitmen pimpinan. Usrah pimpinan DPPK dilaporkan oleh Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri.

Perhatian :
  1. Usrah anggota peringkat Tanfiz dikurangkan kepada 2 atau 1 kali sebulan memandangkan anggota peringkat ini di dalam masa yang sama memimpin usrah (sebagai naqib) di peringkat Takwin dan Ta’rif.
  2. Usrah yang terhad kepada pengisian buku teks usrah hendaklah ditampung dengan kuliah pengajian tafsir, hadith dan sirah kepada ahli
  3. Sebaiknya berikan nama kepada kumpulan usrah yang ditubuhkan
  4. Maklumat kumpulan usrah hendaklah direkodkan dan disimpan Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk rujukan dari masa ke semasa
  5. Tabung usrah boleh diwujudkan untuk membudayakan infaq dan khairat
  6. Usrah hendaklah juga berperanan sebagai Unit Kerja Jamaah (UKJ)

No comments: