Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 13

PROGRAM TANFIZ 4 : KATIBAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Tanfiz (pimpinan dan nuqaba’)

Kekerapan : Sekali sebulan sekurang-kurangnya

Perjalanan aktiviti :
  1. Berkumpul
  2. Tadarus Al-Qur’an
  3. Muhasabah
  4. Tidur
  5. Tahajjud
  6. Solat Subuh Berjamaah
  7. Bacaan zikir Ma’thurat
  8. Kuliah Subuh
  9. Bersurai
Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan hendaklah menyediakan laporan dan diserahkan dari masa ke semasa (sekurang-kurangnya 3 bulan sekali) kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Perhatian :
  1. Pengisian Katibah hendaklah fokus kepada pengisian ruhiyyah dan tazkiyyah disamping boleh diselitkan tentang kisah hidup tokoh-tokoh perjuangan Islam dan sebagainya.
  2. Antara contoh pengisian ialah ; MuraqabatulLah, Ihsan, Mengingati Mati, Perjalanan Alam Akhirat, Syarat Taubat, Nikmat Syurga, Azab Neraka, Kemanisan Iman dan sebagainya.

PROGRAM TANFIZ 5 : IJTIMA’ NUQABA’

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Tanfiz (pimpinan dan nuqaba’)

Kekerapan : 1 kali setahun dan berterusan

Perjalanan aktiviti :
Satu hari penuh

Pengisian Utama :
  1. Peranan Naqib Dalam Tarbiyah
  2. Usrah Yang Berkesan
  3. Perlaksanaan Usrah Yang Efektif
  4. Peringkat Amal Islami
Laporan : Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri bertanggungjawab menyediakan laporan dan dibentangkan di dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pahang

Perhatian : Program semasa dalam pengisian Ijtima’ boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk yang bersesuaian seperti ; Wacana, Dialog, Seminar, Diskusi, Ceramah dan sebagainya.


7.4. BEBERAPA PROGRAM TAMBAHAN

Program tambahan yang dimaksudkan di sini ialah aktiviti-aktiviti lain yang dicadangkan boleh diadakan di semua peringkat pemuda dari masa ke semasa yang tidak bersifat lazim melainkan ada arahan khusus dikeluarkan. Program ini hanya sebagai penambahbaikan bagi program asas yang telah ditetapkan di setiap marhalah yang lalu. Antaranya :
  1. Tafaqquh / Ta’lim
  2. Mukhayyam / Jambori
  3. Rehlah
  4. Iftar Jamaie
  5. I’tikaf Ramadhan
  6. Daurah Tadribiyyah
  7. Nadwah

RUJUKAN
  1. Kertas kerja Manhaj Tarbiyah PAS terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan PAS Pusat
  2. Buku Manhaj Daurah Tadribiyah terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
  3. Buku Islam : Fikrah, Harakah & Daulah oleh Hj. Abdul Hadi Awang terbitan Dewan Pustaka Fajar
  4. Buku Teks Usrah Peringkat Pengenalan oleh Ust. Hj. Idris Ahmad terbitan Sarjana Media
  5. Buku Manhaj Usrah PAS Peringkat Ta’rif 1 terbitan Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat
  6. Buku Muhasabah Harian terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan PAS Pusat

No comments: