Thursday 23 October 2008

Manual Tarbiyah Teras Pemuda PAS Pahang (MANTAP) - 8

7.2. PERINGKAT TAKWIN (PEMBINAAN)

Pengenalan : Marhalah Takwin ialah peringkat pembinaan atau pembentukan kepada ahli-ahli yang telah menunjukkan komitmen sebaiknya dengan jamaah. Ia khusus kepada ahli yang mempunyai kesanggupan yang tinggi untuk melibatkan diri dalam memikul amanah perjuangan. Tumpuan adalah lebih kepada pendekatan ke arah peningkatan, persediaan dan pemahaman ahli tentang realiti perjuangan dalam parti serta bekerja di dalam saff perjuangan Islam. Ketaatan yang tinggi diperlukan pada peringkat ini.

Keanggotaan : Ahli yang pernah melalui mana-mana tarbiyah harakiyyah atau telah mengikuti tarbiyah Peringkat Ta’rif serta memberi komitmen dengan jamaah

Objektif :
  1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman ahli terhadap tanggungjawab sebagai anggota jamaah Islam PAS di negara Malaysia
  2. Melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap perjuangan Islam dan meyuburkan ruh jihad serta berakhlak dengan akhlak jamaah
  3. Mendedahkan realiti semasa dan dakwah yang akan ditempuhi serta persiapan yang diperlukan sebagai anggota jamaah
  4. Memperteguhkan dan memantapkan ukhuwwah di kalangan anggota disamping disiplin serta ketaatan yang tinggi
Tempoh masa : Sekurang-kurangnya setahun hingga dua tahun

Program lazim peringkat Takwin :
  1. Halaqah Usrah
  2. Madrasah
  3. Tamrin
  4. Katibah
  5. Ijtima’ Tarbawi

PROGRAM TAKWIN 1 : HALAQAH USRAH

Pelaksana : Lajnah Tarbiyah Pemuda Cawangan dan Kawasan

Penyertaan : Semua ahli pemuda peringkat Takwin

Kekerapan : 1 x seminggu atau 2 x sebulan (pengukuran – 30 kali)

Perjalanan aktiviti :

Sebaik-baiknya :-
  1. Solat Berjamaah
  2. Zikir Ma’thurat
  3. Pendahuluan pengerusi
  4. Perbentangan Al-Quran dan tafsirannya
  5. Perbentangan Hadith dan syarahannya
  6. Perbentangan Sirah Nabawiyyah dan kupasannya
  7. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
  8. Perbincangan Isu Semasa
  9. Lain-lain hal – isu peribadi, keluarga, aktiviti jamaah dan lain-lain
  10. Bersurai
Sekurang-kurangnya :-
  1. Pendahuluan Naqib
  2. Perbentangan Teks Usrah dan huraiannya
  3. Perbincangan Isu Semasa
  4. Lain-lain hal - isu peribadi, keluarga, aktiviti jamaah dan lain-lain
  5. Bersurai
Manhaj dan Teks Usrah :
  1. Manhaj usrah hendaklah dirujuk kepada kertas kerja Manhaj Usrah PAS terbitan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan PAS Pusat
  2. Teks usrah - boleh menggunakan mana-mana teks usrah peringkat Takwin terbitan Lajnah Tarbiyah & Perkaderan PAS Pusat atau Lajnah Tarbiyah DPP Pusat atau mana-mana teks yang bersesuaian dan mencapai objektif peringkat Takwin.
Laporan :
  1. Naqib hendaklah memenuhi borang laporan yang disediakan setiapkali berusrah
  2. Pada setiap bulan, naqib dikehendaki menyerahkan laporan perjalanan usrah tersebut kepada ketua Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan.
  3. Laporan tersebut seterusnya hendaklah diserahkan dari masa ke semasa oleh Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan kepada Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri.
Perhatian :
  1. Usrah yang terhad kepada pengisian buku teks usrah hendaklah ditampung dengan kuliah pengajian tafsir, hadith dan sirah kepada ahli
  2. Sebaiknya berikan nama kepada kumpulan usrah yang ditubuhkan
  3. Maklumat kumpulan usrah hendaklah direkodkan dan disimpan Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk rujukan dari masa ke semasa
  4. Tabung usrah boleh diwujudkan untuk membudayakan infaq dan khairat
  5. Usrah hendaklah juga berperanan sebagai Unit Kerja Jamaah (UKJ)

No comments: